Aktiviti

Aktiviti PIBG sepanjang Tahun.

Lagi..

Kebajikan

Menjaga kebajikan ahli PIBG.

Lagi..

Info

Pengumuman terkini PIBG.

Lagi..

Peluang

Peluang untuk anda sertai kami.

Lagi..

PENCAPAIAN PIBG SK PRESINT 2(9)

SK Putrajaya Presint 9 (2) telah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2005. Jumlah murid pada waktu ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1 hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 setesen termasuk bilik penyelaras.

Dipimpin pentadir berpengalaman luas dalam pelbagai bidang. Struktur pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Penyelaras Pendidikan Khas manakala 36 orang guru-guru akademik dan 8 orang guru mengajar di kelas pendidikan khas.

Pada tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas keseluruhan sebanyak 31 buah kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran sehingga bulan Mac 2006. Sekolah turut mencatatkan sejarah memandangkan pada tahun pertama pembukaannya mempunyai seramai 67 orang calon UPSR. Keputusan pencapaian bagi tahun 2005 barjaya mencapai 8 orang murid 5 A.

Info Terperinci SKP