Perbezaan Antara Website dan Blog

Satu ketika pernah ditanya seseorang yang menguruskan laman web sekolah, apakah perbezaan antara Website dan Blog?

Website ataupun Laman Web boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori. 3 kategori utama pernah dibincangkan sebelum ini.

Blog adalah salah satu daripada kategori Laman Web.

Perbezaan Antara Website dan Blog

Maksud sebenar soalan di atas adalah merujuk kepada perbezaan antara Website kategori Statik dan kategori Blog. Ini dapat diketahui apabila ada perbincangan lanjut dengan orang yang bertanya soalan.

Beza antara 2 kategori di atas ialah dari sudut komitmen. Website Statik boleh dikatakan buat dan tinggal. Boleh dikemaskini beberapa bulan sekali jika ada keperluan.

Website kategori Blog pula memerlukan komitmen untuk kemaskini secara berkala samada setiap hari atau setiap minggu.

Kelebihan laman web kategori blog ialah disukai Google. Enjin carian Google sangat suka kepada laman web yang kerap dikemaskini. Laman web ini juga nampak seolah-olah hidup bernyawa.

Persoalan kedua selepas memahami soalan di atas ialah, apa komitmen yang kita sanggup beri? Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan atau setiap tahun?

Selepas menjawab soalan di atas barulah kita tahu laman web kategori mana yang kita perlu bina.

Walaupun berada dalam kategori berbeza tetapi matlamat keduanya ialah sama iaitu kewujudan di alam maya dengan menerbitkan informasi bagi memudahkan orang ramai membuat rujukan bila perlu.

Sekali isi tulisan dan informasi berada di alam maya, selagi itu ianya akan terhidang untuk carian pegguna.

Servis Urus Website
Saya Nak Website!

Inginkan Laman Web dengan KOS dan KOMITMEN yang minimum?

KLIK SINI!