Laman Web vs Media Sosial

Pada satu ketika industri blog atau laman web peribadi sangat mendapat sambutan sehinggakan hampir semua orang muda memilikinya. Antara yang tersohor pada waktu itu ialah penggunaan Blogspot dan Wordpress.

Sejak kemunculan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, segalanya berubah dan industri website blog peribadi sedikit demi sedikit ditinggalkan pengguna. Banyak blog yang masih wujud terutama blogspot ditinggalkan tanpa kemaskini bagaikan bandar mati. Ramai beralih kepada media sosial yang lebih mudah dikemaskini.

3 Kategori Laman Web

Situasi ini sebenarnya telah menjadi peluang keemasan kepada mereka yang masih aktif menulis blog dan laman berita kerana kurangnya persaingan untuk menarik pembaca ke laman mereka.

Persoalan besar di sini ialah, antara website dan media sosial yang mana lebih baik?

Di sini ada dua jawapan mudah untuk difikirkan iaitu:

Pertama : Untuk jangka masa pendek, media sosial lebih baik kerana setiap Posting itu akan mudah sampai ke pembaca yang mengikuti atau berkawan dengan kita.

Untuk jangka masa panjang laman web adalah lebih baik kerana senang untuk dicari pengguna sama ada melalui enjin carian seperti google atau arkib koleksi di website tersebut. Sebenarnya tidak mudah untuk mencari Posting tahun lepas jika kita menerbitkan 10 tulisan sehari di Facebook.

Kedua : Kuasa pemilikan data di media sosial adalah milik syarikat penyedia manakala website pula adalah milik kita sendiri. Dengan kata lain, kata putus untuk meneruskan atau menghentikan perkhidmatan media sosial bukan terletak di tangan kita.

Ada pengguna yang mengatakan dia simpan semua video dan gambar di Instagram dan Facebook untuk kenangan satu hari nanti. Betul ke boleh kekal simpan untuk masa depan? Apa yang terjadi kepada media sosial MySpace? Adakah masih wujud?

Sebagai kesimpulan, antara laman web dan media sosial kedua-duanya penting untuk direbut peluang dan dimanfaatkan. Jika kita ada perancangan masa depan untuk terus wujud di alam maya, maka gunakan keduanya. Tidak rugi jika salah satunya ada masalah, ada yang satu lagi untuk diteruskan.

Servis Urus Website
Saya Nak Website!

Inginkan Laman Web dengan KOS dan KOMITMEN yang minimum?

KLIK SINI!