Kenapa Ramai Penulis Blog Beralih ke Media Sosial?

Media sosial telah mengubah landskap alam maya sehingga ada yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Satu ketika dulu, menulis di blog menjadi satu trend. Pada waktu itu ramai yang menulis dan cuba menarik pembaca ke laman web mereka.

Sehinggalah kemunculan media sosial seperti Facebook, instagram dan Twitter.

Kenapa Ramai Penulis Blog Beralih ke Media Sosial?

Maka berpusu-pusu orang menginggalkan dunia blog dan aktif pula di media sosial. Bukan setakat itu sahaja, muncul pula ramai pengkarya kreatif baharu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Apakah punca fenomena ini terjadi? Kenapa ramai orang lebih selesa berkarya di media sosial berbanding di blog atau laman web sendiri?

Ada beberapa jawapan yang menarik untuk dihadam:

  • Pertama kerana mudah. Hanya dengan Smartphone dalam poket anda boleh berkarya bila-bila masa dan di mana sahaja dengan selesa. Tidak perlu buka komputer dan laptop. Malah anda tidak perlu kuasai ilmu teknikal untuk mula membina nama di media sosial. Kegunaannya sangat mesra pengguna dan tidak perlu hadiri kursus khas.

  • Kedua kerana pengikut (Follower). Media sosial mampu mengikat orang untuk ikuti anda secara dekat. Apabila pengguna tertarik kepada anda, mereka boleh ikut (follow) dengan menggunakan fungsi di media sosial. Malah fungsi tersebut mampu membantu anda menjaga pengikut anda supaya terus setia.

  • Ketiga kerana rangkaian (Networking) pengguna. Ekosistem dan fungsi di media sosial memudahkan anda mencari rakan lama dan baru untuk bersosial. Bukan setakat itu sahaja, pengguna juga akan mudah cari anda untuk berkawan jika anda berjaya berkarya menarik seterusnya bina pengaruh di media sosial.

  • Keempat kerana tular (Viral). Fungsi kongsi (share) mampu membuatkan anda tersohor sekelip mata dan menarik lagi ramai orang untuk ikuti anda. Walaupun penularan itu ada yang positif dan negatif. Kreatif adalah kata kunci untuk Viral.

Disebabkan ini, ramai pengguna terus ketagih untuk aktif di media sosial. Sama ada sebagai pengguna atau pembekal konten. Kemaskini yang cepat dan pelbagai dalam beberapa saat membuatkan pengguna tidak bosan untuk terus menatap telefon berjam lamanya.

Servis Urus Website
Saya Nak Website!

Inginkan Laman Web dengan KOS dan KOMITMEN yang minimum?

KLIK SINI!