Kenapa Penulis Media Sosial Perlu Miliki Website?

Tulisan ini ditujukan khas kepada mereka yang aktif menulis di media sosial, bukan untuk pembaca setia di media sosial.

Telah muncul ramai penulis berbakat di media sosial. Tulisan itu berjaya menarik ramai pembaca untuk dikongsikan dan viral di media sosial.

Ramai sebenarnya mampu jadi penulis hebat di media sosial tetapi adakah cukup mereka berhenti di situ sahaja?

Media sosial boleh menjadi tempat untuk uji pasaran (test market). Apabila telah terbukti menarik, langkah seterusnya ialah membina reputasi dengan memiliki laman web sendiri untuk menyimpan khazanah idea tulisan kreatif kita di situ.

Kenapa Penulis Media Sosial Perlu Miliki Website?

Ada beberapa sebab kenapa penulis yang berjaya di media sosial perlu miliki laman web sendiri:

  • Untuk simpan data idea tulisan itu dengan kemas di laman sendiri.
  • Memudahkan rujukan apabila diperlukan di laman sendiri.
  • Memudahkan pembaca buat carian melalui enjin carian seperti Google.
  • Reputasi meningkat dengan laman web bernama domain sendiri. Penulis akan nampak serius dan pakar dalam bidang yang diketengahkan.
  • Kawalan sepenuhnya di tangan kita. Hidup mati laman web itu terletak di tangan kita, tidak seperti media sosial yang bergantung kepada pemiliknya sama ada untuk meneruskan atau tidak. Contoh kes media sosial Google+.

Setelah kita buat keputusan untuk miliki laman web sendiri, persoalan yang timbul ialah sempatkah untuk kita uruskan website sendiri? Ini tidak termasuk masalah teknikal yang mungkin timbul di masa hadapan. Perkara ini antara penyebab yang mematikan minat untuk memiliki laman web sendiri.

Bayangkan jika ada pihak yang tolong uruskan laman web daripada A-Z dan kita hanya bekalkan konten sahaja.

Servis Urus Website
Saya Nak Website!

Inginkan Laman Web dengan KOS dan KOMITMEN yang minimum?

KLIK SINI!