3 Kategori Laman Web
Laman web yang beroperasi di seluruh alam maya ada pelbagai jenis dan boleh dikategorikan kepada beberapa pengkelasan. Adalah penting untuk mereka yang bercita-cita memiliki laman web sendiri untuk tahu dan faham kategori yang ada. Kali ini, 3 kategori utama laman web akan dibincangkan iaitu:
1 - Statik.
2 - Blog.
3 - Interaktif.

Sesebuah laman web itu berada dalam kategori Statik apabila:
- Info, isi atau artikel di dalamnya dikemaskini dengan kekerapan rendah.
- Keperluan untuk kemaskini laman web hanya berlaku beberapa bulan hingga setahun sekali sahaja.
- Antara contoh laman sesawang dalam kategori ini ialah web syarikat korporat, sekolah dan persatuan.
Untuk kategori kedua iaitu Blog, laman web yang termasuk dalam kategori ini biasanya:
- Konten dan isinya dikemaskini dengan kekerapan sederhana.
- Kadar kekerapan boleh berlaku hingga beberapa kali sehari.
- Antara contoh laman sesawang dalam kategori ini ialah blog peribadi, blog hiburan dan portal berita.
Laman web dalam kategori Interaktif pula berbentuk hubungan dua hala antara pemilik dan pengguna.
- Konten dan isinya dikemaskini dengan kekerapan tinggi.
- Kadar kekerapan kemaskininya boleh berlaku sehingga beberapa minit sekali.
- Kategori laman web ini biasanya menggunakan teknologi aplikasi yang moden dan terkini.
- Antara contoh yang tersohor ialah Facebook, Youtube, mudah.my, Lazada, Google dan portal forum.
Di pasaran, boleh dipecahkan dan diperincikan lagi kategori laman web, tetapi 3 kategori di atas adalah dibuat secara gambaran besar berdasarkan pegalaman penulis.
Walau di dalam kategori mana pun sesebuah laman web itu berada, semuanya ada fungsi dan peranan masing-masing. Cuba lihat kegunaan seharian kita, laman web kategori mana yang paling kerap kita guna?